Keropok ikan adalah sejenis makanan ringan yang digemari
penduduk tempatan.
Di Malaysia ia
diusahakan di persisiran pantai Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Kedah.
Keropok
lazimnya diproses daripada ikan, udang atau sotong yang diadun bersama tepung
kanji atau tepung sagu.
Ikan yang
digunakan ialah parang, tamban, selayang, kerisi, lolong bara, biji nangka dan
lain-lain.
KEROPOK
dikeringkan.
Mengikut
Peraturan Makanan 1985, keropok ikan hendaklah disediakan daripada ikan dan
kanji dan kandungan protein tidak kurang 15 peratus.
Keropok yang
bermutu boleh diperoleh bergantung kepada kesegaran ikan, jenis ikan dan proses
penyediaan.
Keropok yang
bermutu juga dapat dinilai dari segi rasa, kerangupan serta kembang apabila
digoreng.
Antara keropok
dihasilkan ialah jenis kering, keropok lekor (basah) dan bersira.
Cara-cara
pemprosesan keropok lekor atau keropok kering seperti bancuhan adunan,
membentuk, memasak, memotong, menjemur, membungkus dan menyimpan.
Lazimnya,
keropok keping di bentuk di antara 30 sentimeter (cm) hingga 50 cm.
Panjang,
bergaris pusat diantara 6 hingga 10 sm serta mempunyai berat 500 gram hingga
satu kg, manakala keropok lekor lebih kecil antara 100 hingga 500 gram.
Keropok lekor
boleh dimasak dengan kukus, rebus atau goreng, manakala keropok keping direbus
atau dikukus.
Keropok yang
dikukus mempunyai kualiti lebih baik berbanding keropok yang direbus.
Keropok yang di
kukus mengambil masa satu hingga satu setengah jam untuk masak bergantung.
Keropok yang di
rebus akan timbul serta naik kepermukaan air apabila ia masak.
Keropok yang
siap dimasak, disejat dan disimpan dalam keadaan sejuk dingin atau pada suhu
bilik semalaman sebelum dipotong nipis membentuk kepingan.
Keropok yang
dipotong nipis di susun di atas pemidai dan di jemur kepada cahaya matahari.
Di dalam
keadaan cuaca baik keropok boleh menjadi kering dalam masa 6 hingga 7 jam.
Keropok yang
kering di angkat, di simpan atau terus ditimbang dan dibungkus dalam bekas
plastik.
Plastik ini di
pateri dengan menggunakan api lilin, pelita atau dengan menggunakan mesin
pateri.
Pembungkusan
adalah faktor penting dalam mengawal kualiti produk.
Pembungkusan
yang tidak baik akan mengakibatkan pendedahan kepada kesan-kesan persekitaran.
Ini akan
menyebabkan hasilan menjadi lemau, berkulat, tengik, busuk dan hilang khasiat
pemakanannya.
Keropok yang
dibungkus dengan berat tertentu perlu di susun dengan rapi bagi mengelak
kerosakan.
No comments:
Post a Comment