Sejak tahun
2003 lagi saya azam nak bebas daripada segala hutang. Masa tu, kami terbeban
dengan 5 hutang iaitu PTPTN saya, PTPTN isteri saya, Study Loan Yayasan Johor
saya, Computer Loan, dan Car Loan. Lepas berhempas pulas selama 4 tahun,
alhamdulillah, 4 Januari 2007 kami bebas dari segala hutang! Sejak hari tu, tak
ada lagi hutang berbaki walaupun satu sen. Dan kami suami isteri kekal sebagai
orang yang bebas hutang hingga ke saat saya menulis artikel ni.
Ada juga
kawan yang mintak saya kongsikan cara untuk bebas hutang, tapi saya bukanlah
orang layak untuk ajar cara bebas hutang. Cuma sekadar berkongsi tu,
insyaAllah. Langkah pertama, saya boleh cadangkan sahabat semua baca buku Petunjuk
Jalan Kekayaan, tulisan Chef Li.
Buku tu banyak bagi motivasi dan membuatkan saya insaf untuk jauhkan diri dari
hutang. Lepas menyelami betapa susah hatinya Chef Li masa dikelilingi hutang, saya
sendiri pun rasa fobia dengan hutang.
4 Prinsip
Asas Urus Kewangan
Bila dah
betul-betul ada kesedaran dan semangat bebas dari segala hutang, mungkin
sahabat semua boleh pakai PRINSIP KEWANGAN yang saya amalkan ni.
Prinsip
#1: Beli secara tunai.
Henti dan
jauhkan segala urusniaga yang dinamakan ansuran, installment, beli dulu bayar
kemudian, skim bayaran mudah dsb. Kalau terpaksa berhutang, itu maksudnya kita
belum mampu beli barang tu lagi. So, simpan dulu duit sampai cukup, baru beli.
Prinsip
#2: Hidup di bawah kemampuan, bukan ikut kemampuan.
Beli ikut
keperluan, bukan ikut kemampuan, apatah lagi ikut kemahuan. Kalau mampu pakai
kereta Proton Inspira, pakai Proton Saga jer lah dulu. Lupakanlah dulu
perkataan “bergaya” dalam hidup tu buat sementara waktu sampai kita benar-benar
mampu untuk bergaya. Biar tak bergaya, asalkan poket kita kaya.
Kalau ada
barang yang bukan keperluan di rumah, lebih baik jual jer dulu. Downgrade life
style yang berlebihan buat sementara waktu.
Kalau
sekarang ni subcribe Astro full channel, apa kata kurangkan channel-channel tu
atau terus hentikan langganan Astro! Kalau sekarang pakai kereta besar, down
grade kepada kereta yang cukup untuk keperluan jer. Kalau sekarang suka beli
makan di luar, apa kata masak di rumah jer atau bawa bekal jer ke pejabat.
Pointnya, hidup di bawah kemampuan.
Antara
perkara yang boleh dipertimbangkan:
(a) Jual
barang yang bukan keperluan
(b) Hentikan tabiat merokok (banyak boleh jimat tu!)
(c) Hentikan langganan Astro (atau tukar pakej lebih murah)
(d) Masak sendiri, makan di rumah dan bawa bekal ke pejabat
(e) Pindah rumah yang lebih kecil atau sewa yang lebih murah
(b) Hentikan tabiat merokok (banyak boleh jimat tu!)
(c) Hentikan langganan Astro (atau tukar pakej lebih murah)
(d) Masak sendiri, makan di rumah dan bawa bekal ke pejabat
(e) Pindah rumah yang lebih kecil atau sewa yang lebih murah
Prinsip
#3: Mulakan tabiat menyimpan walaupun sedikit.
Sikit tak
apa, asalkan simpan. Saya dulu pun mula menyimpan RM20 jer sebulan. Buat
potongan gaji ke akaun Tabung Haji (bukan tunggu duit lebih hujung bulan).
Setiap kali naik gaji, saya akan tambah potongan gaji ke Tabung Haji. Kalau tak
mampu simpan RM20 sebulan, simpan la RM2 sehari, masuk dalam tabung khas. Nanti
hujung bulan masukkan RM2 sehari (RM60 sebulan) tu ke akaun bank. Yang penting
mesti menyimpan.
Prinsip
#4: Bina pendapatan kedua.
Libatkan
diri dalam bisnes, tapi bukan skim-skim ‘bisnes’. Anggap gaji tu sebagai duit
untuk hidup bulan-bulan, dan bisnes sebagai sumber untuk tambahkan simpanan.
Simpan hasil bisnes 100%. Kalau nak guna pun, jangan lebih 50%! Duit hasil
bisnes memang terbukti mempercepatkan kami bebas dari hutang, alhamdulillah.
Second
income penting sebagai ‘backup’ income utama, dan untuk tambahkan simpanan.
Azizi Ali, Pakar Kewangan Peribadi sarankan setiap orang perlu ada second
income.
Itu jer lah
rahsianya. Cari sampai hujung dunia sekalipun, inilah rahsianya. Beza antara
orang berjaya dengan orang biasa-biasa ialah mereka TAKE ACTION!
Orang
Bujang, Suami Isteri Bekerja, Lebih Mudah
Kalau orang
macam saya boleh menyimpan dan bebas dari segala hutang, saya rasa orang bujang
sepatutnya lagi senang nak bebas hutang. Betul tak? Susu pampers anak-anak tak
kena beli, duit hantar anak sekolah pun tak ada, pakaian anak-anak yang
mahal-mahal tu pun tak perlu risau. Cuma fikir diri sendiri dan kebajikan mak
ayah jer…
Kalau orang
macam saya yang isteri tak bekerja pun boleh, orang yang dua-dua suami isteri
bekerja sepatutnya lagi lah mudah untuk bebas hutang! Betul tak? Hidup ni satu
pilihan…
Ok,
sampailah masanya untuk saya dedahkan strategi yang saya pakai untuk bebas
hutang dalam masa 4 tahun.
7
Strategi Saya Bebas Dari Hutang
Ini
prinsip-prinsip yang saya gunakan untuk langsaikan semua hutang dalam masa
singkat:
Strategi
#1: Jangan buat hutang lagi.
Selagi boleh
hidup tanpa hutang tu, jangan sekali-kali berhutang. Beli apa sahaja secara
tunai. Kalau terpaksa berhutang, itu bermaksud kita belum mampu. So, kumpul
duit dulu. Bila dah cukup baru beli. Banyakkan bersabar, bersabar, bersabar.
Strategi
#2: Langsaikan hutang yang interest ratenya paling tinggi dulu.
Contohnya,
hutang kad kredit (18% setahun) kena settlekan dulu sebelum car loan (3% – 5%
setahun). So, cuba list down semua hutang-hutang yang ada mengikut interest
ratenya. Interest rate paling tinggi tu kena settlekan dulu.
Hutang
‘berkat’ seperti housing loan perlu disettlekan paling last sekali sebabnya ia
dikategorikan sebagai “good debt” iaitu hutang yang membuatkan kita bertambah
kaya! Baca artikel “Hutang
Berkat, Hutang Mudarat” untuk fahami topik ni.
Strategi
#3: Buka Dana “Full-settlement Hutang”.
Buka akaun
khas di bank untuk simpan duit yang akan digunakan untuk full-settlement
hutang-hutang yang ada. Bayar ansuran pinjaman macam biasa, dalam masa sama
kumpul duit lain ke dalam dana tersebut. Bila duit tu dah cukup, buat
full-settlement terus. Dengan full-settlement, kita jimat dari bayar interest
berbanding dengan tambah nilai ansuran bulan-bulan. Full-settlement maksudnya
kita bayar nilai “pokok” jer, ansuran bulan-bulan maksudnya kita bayar nilai
“pokok” + “interest”!
Antara sebab
saya suka settlekan semua hutang jauh lebih awal dari tempoh sepatutnya ialah
nak kurangkan bayar interest. Tak bazirkan duit bayar interest!
Strategi
#4: Gunakan duit ‘durian runtuh’ seperti bonus tahunan untuk langsaikan hutang
dulu.
Dalam tempoh 4
tahun tu, saya gunakan sebahagian besar duit bonus untuk bayar hutang! Memang
tak merasa sangat duit bonus masa tu. Kena mujahadah la sikit.
Strategi
#5: Simpan duit kenaikan gaji tahunan 100% ke dalam Dana Full-settlement
Hutang.
Jangan gatal
tangan usik dana tu! Setiap kali kenaikan gaji, saya akan kira berapa kenaikan
kos sara hidup untuk setahun akan datang. Contohnya, gaji naik RM200, kos sara
hidup bertambah RM120 sebulan sebab seorang lagi anak masuk sekolah. So saya
masukkan lebihan RM80 (RM200 – RM120) sebulan ke dalam Dana Full-settlement
Hutang.
Strategi
#6: Bila dah settle satu hutang, simpan duit installment bulan-bulan seterusnya
ke dalam Dana Full-settlement Hutang.
Contohnya,
bila dah buat full-settlement car loan yang installmentnya RM600 sebulan,
simpanlah RM600 tu masuk ke Dana Full-settlement Hutang tadi. Jangan
sekali-kali anggap duit tu sebagai ‘kenaikan gaji’, apatah lagi untuk tukar
kereta baru!
Strategi
#7: Bayar hutang secara automatik!
Buat
potongan gaji atau standing instruction di bank supaya kita tak lupa bayar.
Bila terlupa bayar, itu yang jadi tertunggak tu.
Tip
terakhir, baca banyak buku-buku kewangan. Buku seperti “Jutawan Dari Planet
Jupiter” (Azizi Ali), “Nota Jutawan, Nota
Kewangan” (Irfan Khairi) tu wajib baca. Mana-mana buku yang saya baca,
mereka akan cakap benda dan tip yang sama dengan apa yang saya kongsikan ni.
Bezanya cuma samada kita AMAL ataupun tidak. Itu jer.
Moga tips
ringkas ni dapat bantu sahabat semua untuk jadi G.O.O.D person. Iaitu “Get Out
Of Debt” kata rakan saya, David Lee (Certified Financial Planner)…
Wallahu
a’lam.
11 Julai 2011
10 Sya’ban 1432
Damansara Damai
No comments:
Post a Comment