Pages

Friday 3 April 2015

Kad tambah nilai prabayar dikenakan GST

Kad tambah nilai prabayar dikenakan GST

KHAMIS, 2 APRIL 2015 @ 7:16 PM

PUTRAJAYA: Semua syarikat telekomunikasi akan mengenakan kadar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) enam peratus bagi setiap pembelian kad tambah nilai prabayar dengan memberi tambahan penggunaan masa berbual dan khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada pengguna.

Pengarah GST Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Subromaniam Tholasy berkata perkara itu dipersetujui hasil perbincangan antara pihaknya, Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bersama ketua eksekutif syarikat telekomunikasi pagi tadi.



"Syarikat telekomunikasi bersetuju sebagai contoh kad tambah nilai RM10 dijual pada harga RM10.60 dan pengguna diberi tambahan masa berbual dan SMS melebihi RM1.

"Keputusan ini dikuatkuasa serta merta untuk tempoh tiga bulan bermula hari ini dan selepas tamat tempoh ini semua pihak akan mencari satu jalan penyelesaian untuk jangka masa panjang," katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media khas GST di sini sebentar tadi.


SEMUA syarikat telekomunikasi akan mengenakan kadar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dengan memberi tambahan penggunaan masa berbual dan khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada pengguna. - Foto Rosdan Wahid

SUMBER DARI : http://www.bharian.com.my/node/44924

No comments:

Post a Comment