Pages

Showing posts with label Pembekal. Show all posts
Showing posts with label Pembekal. Show all posts

Wednesday, 11 March 2015

Keropok Terengganu Pelbagai Jenis

Antara jenis2 keropok :

1) Keropok Jenis Syiling
2) Keropok Jenis Lidah Ayam
3) Keropok Jenis Ikan Jejari/Fries
4) Keropok Cap Mountain Bike (ada dlm bentuk syiling & lidah ayam).

Terdapat pelbagai jenis keropok yang kami bekalkan, Kami juga menjual secara runcit dan borong.
Keropok Jenis Syiling

RM12.00/kg
RM110.00/kotak isian 10kg (rm11/kg)

Keropok Jenis Lidah Ayam

RM12.00/kg
RM110.00/kotak isian 10kg (rm11/kg

Keropok Jenis Ikan Jejari/Fries

RM12.00/kg
RM110.00/kotak isian 10kg (rm11/kg

Keropok Cap Mountain Bike

ada dalam bentuk syiling & lidah ayam
RM3.50/pek (3pek RM10.00)
RM100.00/35pek (2.85/pek)



Sunday, 22 February 2015

Dropship Bersama Kami

Dropship
APAKAH ITU DROPSHIP?

Dropship adalah satu konsep perniagaan yang mudah dan disarankan untuk mereka yang menceburi perniagaan internet kerana ia tidak memerlukan anda mengeluarkan modal dan menyimpan stok. Anda cuma perlu dapatkan gambar dan maklumat produk dari pembekal/dropshipper (Kami). Konsep Dropship ni juga boleh dipanggil satu Teknik Jana Wang Tanpa Modal.

BAGAIMANA DROPSHIP BERFUNGSI?

Dropship berfungsi sangat mudah:

1 – Anda pilih apa yang ingin anda jual daripada katalog Dropshippers (laman web kami).
2 – Promosikan produk yang anda pilih itu di Facebook, Instagram, Laman Web dan di Bloq anda atau di Platform Jualan lain menggunakan foto produk dan keterangan produk tersebut.
3 – Apabila ada tempahan daripada para pelanggan, anda pun menempah produk dari dropshipper (kami).  Kami kemudian akan menghantarnya terus ke pelanggan anda. 




KELEBIHAN DROPSHIP BERSAMA KAMI
  • Tiada Dikenakan Yuran Keahlian. Pendaftaran percuma dan terhad. Untuk Pendaftaran 
  • Tiada Minimum Order.
  • Segala Masalah Pada Produk Yang di Hantar, di Tanggung Oleh Kami. Jadi, Anda Tak Perlu Risau..
  • Harga Dropship yang Kami Tawarkan Amat Berbaloi Skali.


Saturday, 14 February 2015

Cara Keropok Keping Dihasilkan

Keropok ikan adalah sejenis makanan ringan yang digemari penduduk tempatan.


  Di Malaysia ia diusahakan di persisiran pantai Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Kedah.
  Keropok lazimnya diproses daripada ikan, udang atau sotong yang diadun bersama tepung kanji atau tepung sagu.
  Ikan yang digunakan ialah parang, tamban, selayang, kerisi, lolong bara, biji nangka dan lain-lain. 


KEROPOK dikeringkan.

  Mengikut Peraturan Makanan 1985, keropok ikan hendaklah disediakan daripada ikan dan kanji dan kandungan protein tidak kurang 15 peratus.
  Keropok yang bermutu boleh diperoleh bergantung kepada kesegaran ikan, jenis ikan dan proses penyediaan.
  Keropok yang bermutu juga dapat dinilai dari segi rasa, kerangupan serta kembang apabila digoreng.

Thursday, 12 February 2015

Kerepek Pelbagai Jenis


Kerepek merujuk kepada sejenis makanan ringan yang dipotong nipis dan digoreng sehingga garing. Kerepek dibuat daripada pelbagai bahan dan dinamakan menurut jenis bahan yang digunakan bagi menghasilkan kerepek tersebut. kerepek pisang makanan tradisional Malaysia yang diperbuat daripada pisang dan antara bahannya ialah serbuk kunyit, garam dan gula.Antara contoh pisang yang dibuat kerepek ialah pisang nipah dan lain-lain pisang yang sesuai untuk dibuat kerepek.

Antara jenis kerepek yang terdapat dijual adalah:-
  • Kerepek Udang
  • Kerepek Ubi Kayu
  • Kerepek Bawang
  • Kerepek BBQ

Keropok Terengganu



Keropok keping adalah hasil proses dari Keropok Lekor yang telah direbus dan dipotong nipis-nipis dan dijemur untuk dijadikan kepingan-kepingan keropok kering yang dikenali sebagai "Keropok Keping"