Pages

Saturday 14 February 2015

Cara Keropok Keping Dihasilkan

Keropok ikan adalah sejenis makanan ringan yang digemari penduduk tempatan.


  Di Malaysia ia diusahakan di persisiran pantai Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Kedah.
  Keropok lazimnya diproses daripada ikan, udang atau sotong yang diadun bersama tepung kanji atau tepung sagu.
  Ikan yang digunakan ialah parang, tamban, selayang, kerisi, lolong bara, biji nangka dan lain-lain. 


KEROPOK dikeringkan.

  Mengikut Peraturan Makanan 1985, keropok ikan hendaklah disediakan daripada ikan dan kanji dan kandungan protein tidak kurang 15 peratus.
  Keropok yang bermutu boleh diperoleh bergantung kepada kesegaran ikan, jenis ikan dan proses penyediaan.
  Keropok yang bermutu juga dapat dinilai dari segi rasa, kerangupan serta kembang apabila digoreng.

  Antara keropok dihasilkan ialah jenis kering, keropok lekor (basah) dan bersira.
  Cara-cara pemprosesan keropok lekor atau keropok kering seperti bancuhan adunan, membentuk, memasak, memotong, menjemur, membungkus dan menyimpan.
  Lazimnya, keropok keping di bentuk di antara 30 sentimeter (cm) hingga 50 cm. 
  Panjang, bergaris pusat diantara 6 hingga 10 sm serta mempunyai berat 500 gram hingga satu kg, manakala keropok lekor lebih kecil antara 100 hingga 500 gram.
  Keropok lekor boleh dimasak dengan kukus, rebus atau goreng, manakala keropok keping direbus atau dikukus.
  Keropok yang dikukus mempunyai kualiti lebih baik berbanding keropok yang direbus. 
  Keropok yang di kukus mengambil masa satu hingga satu setengah jam untuk masak bergantung.
  Keropok yang di rebus akan timbul serta naik kepermukaan air apabila ia masak.
  Keropok yang siap dimasak, disejat dan disimpan dalam keadaan sejuk dingin atau pada suhu bilik semalaman sebelum dipotong nipis membentuk kepingan.
  Keropok yang dipotong nipis di susun di atas pemidai dan di jemur kepada cahaya matahari.
  Di dalam keadaan cuaca baik keropok boleh menjadi kering dalam masa 6 hingga 7 jam.
  Keropok yang kering di angkat, di simpan atau terus ditimbang dan dibungkus dalam bekas plastik.
  Plastik ini di pateri dengan menggunakan api lilin, pelita atau dengan menggunakan mesin pateri.
  Pembungkusan adalah faktor penting dalam mengawal kualiti produk.
  Pembungkusan yang tidak baik akan mengakibatkan pendedahan kepada kesan-kesan persekitaran.
  Ini akan menyebabkan hasilan menjadi lemau, berkulat, tengik, busuk dan hilang khasiat pemakanannya. 
  Keropok yang dibungkus dengan berat tertentu perlu di susun dengan rapi bagi mengelak kerosakan.



No comments:

Post a Comment