Pages

Saturday 14 February 2015

Tambah Pendapatan Guna Teknik Consignment

Consignment basis maksudnya kita letak barang dulu di kedai dan owner kedai jual dulu. Dah jual baru mereka bayar pada kita. Cara payment di bayar pada kita - bill to bill basis (tambah stok baru ambil payment barang lama yg dah terjual). 


Kenapa bagus teknik consignment ni :

a) owner kedai tak terbeban menanggung risiko jika barang tak terjual. Maklum lah produk kita produk biasa yang tak de promo besar besaran di TV jadi mereka boleh test jual dulu. Tak laku mereka boleh return pada kita..

b) kita boleh letak barang kita byk2 di kedai sbb owner tak tanggung risiko. Kita boleh test semua kerepek yg kita ada. Sebaik nya bagi satu rak free (seperti gambar) pada kedai dan susun barang kita penuh satu rak. Jangan guna rak owner. Guna rak kita kerepek pun selamat tak mudah rosak. Guna rak owner nanti dia alih alihkan sbb nak letak barang dia yg lain. Rak display ni ada roda jadi boleh letak depan kaunter. Mudah orang nampak..

Murah jer..tempah kat kedai welding. Bila owner tak nak ambil kerepek kita lagi, ambil semula rak dan letak di kedai lain..

Sebaik nya packing kerepek dalam 100g untuk jual dgn harga RM2 sepeket. Anda tolak pada owner RM1.50. biar dia ambil untung 50 sen..Satu rak boleh gantung paling kurang 50 peket. Satu jenis 5 peket, dapat dispaly 10 jenis kerepek..

Teknik ni saya belajar dari syarikat jual jeruk dan kekacang. Mereka guna teknik yg sama. Satu van promosi company ni paling kurang ada 300 rak di 300 kedai. Satu hari van ni follow up 10 kedai untuk tambah stok, ganti stok dan collect payment..Kalau satu company ada 10 van? pergh....Lumayan kan?


No comments:

Post a Comment