Pages

Wednesday 9 September 2015

KENALI PERKARA YANG BOLEH DAN TIDAK BOLEH DILAKUKAN PADA KULIT WAJAH

DO – Melembap
Kelembapan kulit membantu melawan tanda-tanda penuaan dan mengelak daripada masalah kekeringan kulit muka, kecelaan atau bakteria. Guna pelembap yang ada SPF untuk kulit wajah dan pelembap all-purpose untuk tubuh. Elak menggunakan pelembap yang mengandungi bahan pewangi.
DON’T – Biarkan Kulit Kering
Dehydration boleh terjadi pada semua jenis kulit tidak kira usia, terutama sekali kulit kering. Ia terjadi akibat kekurangan air hingga menyebabkan kulit wajah kurang lembapan. Ia boleh menyebabkan kesan-kesan garis halus dan kedutan pada wajah. Pendedahan langsung di bawah sinaran matahari dan penyaman udara juga boleh menyebabkan dehydration.

DO – Elak Akne
Untuk memastikan kulit wajah anda bebas akne, elak menyentuh, menggaru atau memicit kulit. Lazimnya, tangan sentiasa terdedah kepada bakteria dan kulit wajah antara bahagian paling sensitif dan mudah meninggalkan kesan kepada pori-pori. Stres dan pendedahan matahari juga penyebab akne. Guna pembersih muka bebas akne dan sesekali skrub muka anda menggunakan pencuci skrub.
DON’T – Picit Jerawat
Buang tabiat suka memicit jerawat kerana kekotoran pada jari dan kuku bakal merosakkan lagi pori-pori serta meninggalkan kesan pada kulit muka. Kalau tidak tahan, ada cara memicit jerawat dengan betul. Guna jarum yang sudah direndam dengan air suam (untuk menghilangkan bakteria). Dengan lembut cucuk permukaan jerawat dan picit kedua-dua belah, jerawat tadi bakal keluar sendiri. Dan cepat-cepat bersih muka dengan pembersih muka asas.
DO – Pelindung Sinar Matahari
Sinaran matahari adalah musuh utama kulit wajah. Kulit wajah yang sentiasa terdedah dengan sinaran matahari bukan sahaja menggelapkan kulit malahan mengakibatkan pigmentasi, lantas berlaku kesan kedutan. Dan yang paling menakutkan, ia juga mendatangkan risiko kanser kulit. Baik melalui krim pelembap atau krim pelindung matahari, pilih yang ada SPF 15 untuk muka dan SPF 30 untuk sapuan satu badan. Pilih juga yang menganduing sinaran YVA dab UVB.
DON’T – Salah Guna Produk SPF Tinggi
Elakkan mengguna pelembap yang mengandungi SPF tinggi berlebihan. Ia menyebabkan sel kulit lebih stimulasi yang akhirnya meningkatkan pengeluaran sebum sekali gus membuatkan kulit lebih berminyak. Guna produk SPF tinggi sekiranya anda betul-betul terdedah langsung di bawah sinaran matahari.
DO – Guna Krim/Gel Mencukur
Di pasaran kini ada bermacam-macam jenis krim, gel dan sabun mencukur. Penting juga anda memahami jenis kulit wajah terdahulu sebelum membeli krim mencukur. Contohnya, sekira kulit wajah anda berminyak, cari produk mengandungi mild astringent. Dan sekiranya kulit kering, guna produk yang mengandungi lembapan.
DON’T – Mencukur Tanpa Krim
Mencukur tanpa krim menyebabkan pisau cukur lebih rapat dengan permukaan kulit dan berlaku kegeselan yang boleh meninggalkan kesan luka. Ia juga boleh membuatkan kulit anda gatal akibat kesan razor burn. Guna krim, gel atau minyak untuk mengelak kekeringan dan kegatalan. Bercukur mengikut arah tidak bertentangan. Pencukur elektrik pula tidak disarankan kerana tidak dapat memberi kesan licin pada kulit sebaik pencukur biasa.

https://www.facebook.com/embizstokismasquelin

No comments:

Post a Comment